YB DATO ‘ HJ MOHAMAD SAHFRI AB AZIZ

ADUN Bukit Ibam,Pahang

SELAMAT HARILAHIR PAK LAH !

Posted by adunbukitibam on November 27, 2008

          Alhamdulillah, semalam YAB Pak Lah telah menyambut hari lahirnya yang ke 69. Dalam usia yang sebegini begitu besar ertinya bagi seorang yang bergelar PM. Saya sempat membaca beberapa ulasan dan komen ya diberikan oleh Pak Lah dalam media, beliau begitu terharu dengan segala sokongan yang diberikan kepadanya selama ini. Pelbagai dugaan dihadapi olehnya dalam meneraju pentadbiran negara, lebih-lebih lagi menguruskan sebuah negara yang terdiri dari pelbagai bangsa dan latarbelakang hidup.

         Menjadi seorang Perdana Menteri di Malaysia menjad idaman setiap rakyat Malaysia. Negara yang makmur, aman dan bakal muncul sebagai sebuah negara maju sedikit masa lagi. Kesemua ini bukanlah suatu  yang mudah untuk dicapai. Sejarah kemerdekaan negara kita 50 tahun yang lalu, banyak  mengajar kita bagaimana erti sebuah kemerdekaan , tidak dijajah pemikiran dan bebas membuat keputusan adalah suatu yang amat dihargai. Pelbagai kaum dapat hidup dengan senang lenang tanpa ada huru-hara dan pergaduhan kaum. Kesemua ini telah disimpulkan dalam apa yang dipanggil ‘Soaial Contract’ atau Perjanjian Sosial. Negarawan bangsa terdahulu telah bersama-sama dengan penuh jerih dan payah untuk membina negara ini bangun daripada belenggu penjajah. Akhirnya kita semua, anak-anak dan cucu-cucu mereka dapat hidup dengan senang lenang dan merasai nikmat daripada keamanan yang telah dibina ini.

       Pak Lah melahirkan rasa betapa syukurnya kita dilahirkan di sebuah bumi bernama Malaysia. Kita patut bersyukur dengan anugerah yang tuhan berikan kepada kita semua. Kita patut bersama-sama dengan kepimpinan negara untuk terus memastikan agenda pembangunan negara dapat direalisasikan bersama. Jangan jadi sebahagian daripada rakyat malaysia yang tidak habis-habis menghentam membabi-buta, membuat fitnah yang bukan-bukan, mereka-reka persepsi untuk mengajak rakyat  membenci kerajaan, sedangkan sebahagian daripada mereka dulu pernah berada dalam saf kepimpinan negara. Hari ini, mereka pula kononnya menjadi  juara untuk membela rakyat, sedangkan merekalah yang pada asalnya telah meletakkan negara berada dalam keadaan haru-biru. Pak Lah ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri , untuk memulihkan apa yang telah ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu, meneruskan agenda yang telah dirancang , malah membetulkan silap dan salah yang telah berlaku jika ada. Pasti ada, kerana Perdana Menteri bukanlah rasul yang diutus, ‘maksum’ dari segala kesalahan dan kesilapan. Jadilah rakyat yang sejati dan suci hati untuk melihat negara ini berada dalam keadaan sejahtera , pesat membangun dan rakyat terus dibela.

        Syabas Pak Lah. Tahniah diatas keberanian dan kejujuran yang ditunjukkan kepada kami generasi muda dalam kepimpinan negara. Semoga Allah swt, terus memberi kekuatan untuk terus mentadbir negara. Terus dipayungi rahmat dan dilindungi selalu. Selamat Harijadi Pak Lah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

BANJIR!!

Posted by adunbukitibam on November 26, 2008

           Akhir-akhir ini cuaca nampaknya menandakan kita telahpun berada dalam musim tengkujuh. Kita sudah mula memperkatakan tentang banjir yang bakal melanda kampung-kampung yang berada dikawasan rendah dan ditepi-tepi sungai. Segala persiapan perlulah dilaksanakan dengan segera. Bagi peringkat DUN Bukit Ibam, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.

            Jatankuasa Banjir peringkat DUN telahpun ditubuhkan. Jawatankuasa ini perlu mengambil langkah-langkah perlu bagi membantu rakyat dan penduduk kampung yang sering terlibat dengan banjir dapat diselamatkan dengan segera dan ianya juga bertindak untuk menjaga kebajikan meeka dengan sebaik mungkin. Pusat-pusat pemindahan perlulah dikenalpasti dengan segera. Bagi rakyat yang tinggal di kawasan yang terlibat dengan banir perlulah memberi kerjasama sepenuhnya apabila arahan pemindahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

           Saya difahamkan, pada tahun ini , banjir  mungkin lebih buruk daripada yang telah lepas. Paras air dijangka makin meningkat daripada tahun lepas. Ini sudah pasti akan menyulitkan usaha menyelamat jika penduduk yang terlibat dengan banjir tidak mematuhi segala arahan yag bakal dikeluarkan nanti. Pihak Saya dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang alain akan segera memberi bantuan dengan memindahkan penduduk terbabit ketempat-tempat Pusat Pemindahan Banjir. Dalam situasi genting ini, nyawa perlu diselamatkan dengan segera. Harapan saya semoga kerjasama yang sepenuhnya dapat diberikan kepada petugas-petugas banjir. Ketua kampung (Tok 4) perlulah mengambil berat akan perkara ini dengan mengambil langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan nyawa penduduk kampung. Mereka juga perlu menyediakan senarai lengkap mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

        Harapan saya , senoga jawatankuasa yang telah ditubuhkan nanti, dapat melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang. Terima kasih.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

YOGA

Posted by adunbukitibam on November 24, 2008

              Ramai yang terkejut apabila fatwa tentang pengharamam YOGA di keluarkan oleh Majlis Fatwa. Sebahagian setuju supaya ia jga dikuatkuasakan segera. Ada sebahagian daripadanya mempersoalkan kewajaran fatwa tersebut. Sebagai orang islam, seharusnya kita meneliti fatwa yang dikeluarkan itu dengan sebaik-baiknya. Ini kerana, jika kita terus dengan sikap mempersoalkannya, maka kita seolah-olah pula dilihat terus menyokong agama hindu pulak. Yoga memang pada asalnya datang daripada agama hindu, ianya mula diperkenalkan serata dunia setelah didapati dapat mengubati pelbagai penyakit malah dikatakan dapat melambatkan proses penuaan.
             Saya hairan kerana sebahagian yang membantah , mereka yang yang tidak mengamalka yoga pun. Banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat untuk menyembuhkan penyakit dan mendapat keredhaan Allah swt. Saya masih ingat YAB PM, Dato’ Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi. ada menyataka dalam sebuah buku tentang hikmah perbuatan-perbuatan dalam sembahyang. Sungguh menakjubkan. Kita mahu semua orang islam baca dan faham. Inilah hikmah disebalik syariat Ilahi. Jangan jadi pejuang untuk agama lain, berjuanglah untuk mempertingkatkan kemulian agama islam yang suci ini.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.